Mampukah?
Bidadari-bidadari dunia ku gelar mereka
Menaung sayap kiri dalam perjuangan
Membela nama dalam titisan darah dan keringat
Menjadikan diri sebagai penerus rantai perjuangan
Ya, itulah mereka bidadari dunia
Wahai Siti Hajar ibu Ismail,
Taatnya tidak dapat ku ukirkan
Saat menyendiri di Gurun Sahara
Perintah allah dan rasul jadi junjungan
keredhaan, kepasrahan dalam sebuah arahan
terpikul beban lantas ditunaikan
berbekalkan sebuah keyakinan
Bahawa Allah tidak akan mensia-siakan
Sifatmu Muraqabatillah
tatkala ibumu menyarankan
'Apa salahnya menambah sedikit timbangan?'
Mencampur susu dengan air tawar
kau enggan, takut akan kemurkaan
Ibu berkata lagi, Umar tiada di sana?
Namun kau tepis dengan Tuhan Umar sentiasa ada
bahkan melihat perbuatan para hambaNya
Kebersamaan Allah sentiasa di dada
Memikat hati Al-Farouq menyuntingmu
sebagai isteri kepada anaknya
sebagai isteri kepada anaknya
Tanganmu sentiasa terbuka
menyambut kembalinya suami tercinta
setelah sekian lama
berjuang menyahut panggilan yang Maha Esa
Kau menuruti segala keperluan tanpa curiga
Tika tiba saat meleraikan rahsia
Mukaddimahnya kau lontarkan persoalan di minda Kanda
'Jika meminjam sesuatu harus dipulangkan, bukan?'
Jawapannya sememangnya 'Ya'
Lantas kau dedahkan perkara sebenarnya
Maka berlapanglah dada si suami tercinta
Menerima kematian anak yang dikasihi
Pulang abadi di sisi Ilahi..
Bukti cinta kau serlahkan
Menerusi setiap perbuatan dan pengorbanan
Di samping Rasullullah kau tebarkan
Segala harta mahupun tenaga
Pada Allah, Rasul mahupun Jihad
Disaat kau gering, menitis air mata baginda
Menceritakan pada puterinya akan sumbangan kekasih jiwa
Yang pakaiannya lusuh dari berhias
Semakin kurus dari segar bugar
yang bertentangan dengan fitrah asalmu
sebelum bergiat dalam dakwah dan perjuangan
Menggalasi tirai menegakkan syiar Islam
Malah Kau sarankan menjual tulang belulangmu
Setelah pemergian ke alam Baqah
Tidak kan tercapai
Oleh ku
Wahai Khadijah..
Kesabaranmu
Keredhaan dalam kesederhanaan
Membiarkan suami melebihi perjuangan berbanding keluarga
Ulang alik jarak tiga batu buat bekalan air keluarga
Culas cemumas luka di tangan menggiling dan mengadun roti
Di hadiahi zikir sempena namamu
Buat penyejuk hati
Zikir fatimah
Siapa mereka?
Aisyah, Fatimah, Hajar mahupun Khadijah
Wanita ulung, rusuk kiri para pejuang
Peribadi unggul lambang keagungan pesona
Sebaik-baik perhiasan dunia
Hadiah buatmu wanita
Sebaik-baik kerehatan abadi
Lantas pengorbanan yang dicurahi
Ketaatan yang tidak berbelah bahagi
Tutur kata sesempurna peribadi
Kepetahan dalam ketenangan
Ibadah disulami keikhlasan
Kau memang layak
Digelar seindah hiasan dunia
Mampukah aku?
Menjadi seperti mereka
Sebaik-baik perhiasan dunia
Buat para mujahid menggalasi mehnah mereka
Bukan fitnah yang mencalari fitrah
Manusia dan dunia seisinya
KepadaMu yang maha Esa
Hiasi diriku dengan peribadi
Secantik peri bidadari
Yang telah Kau janjikan syurga buat mereka
Aku mahu menjadi sepertinya!






